Damai Along di Sana. Tribute to Adlin Marsita Mohammad Shukor



Arwah sangat baik.

Pergi pun hari jumaat dalam keadaan tersenyum. Mungkin kerana arwah suka senyum waktu hidup sampai dah takde pun still senyum.


Arwah org yang sangat menjaga amanah. Amanah terhadap kerja. Amanah terhadap tugas. Pernah diamanahkan oleh sebuah persatuan yg beliau sertai untuk menjaga wang tunai rm20 ribu ketika takde sikit pun duit dalam tangan nak makan. Gaji lagi dua hari. Beliau rela tak makan daripada guna duit amanah orang untuk disimpankan.

Beliau juga seorang yg sgt tegas dalam bekerja. Tak hairanlah ramai yg membencinya hanya kerana ketegasannya. Bila kita nak jalan kan apa2 tanggungjawab, kita kena bersedia utk terima cacian org. Arwah kesah apa. Yang penting dia laksanakan apa yg patut dilaksanakan sampai tahap hampir diberhentikan kerja.

Allah akn sentiasa bersama org yg benar. Alhamdulillah dia masih teruskan bekerja cuma ditukarkan jabatan. Masih lagi beliau dilemparkan fitnah kerana ketegasannya dlm menjalankan kerja.
Allah bayar kesedihan arwah dengan ketenangan selamanya di sana.

Tenang ye Along. Along sentiasa dalam hati adik.

Arwah bukanlah seorang yg warak, 'abidah, 'alimah atau pun ustazah. Tapi kebaikan yang sedikit itu dilaksanakan kerana Allah menjadi penyebab untuk Allah lebih memandang kebaikannya walau kuantiti amalnya tak sehebat orang lain. Coretan ini bukan hanya dipandang sepi tapi untuk dijadikan pedoman. Dipersilakan share agar sama2 dapat tempias pahala


030215
- Azza Shukor -
Biar patah hati
Jangan patah iman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan