Allah.. Jagakan Dia Untuk Ku





          Assalamualaikum wbt... Lama tak menulis. Terlalu sibuk dengan buku-buku yang perlu dikhatamkan. Antaranya Aku Ada Wali, Risalah Hati, Syabab Musafir Kasih, Peranan Wanita di Zaman Rasulullah dan majalah iman. POOFFFF. Semuanya tebal. Macam mana nak habiskan?






Jom nak bongkar rahsia.

ermmm tak jadilah..


          Teringin nak cerita pasal cinta, lepas baca buku aku ada wali ni. Hati dah berkobar bila masuk bab kahwin.. eh? Tak maw lah. Banyak lagi benda ambe nak kejor yeopp. Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha, masa bulan puasa adakah jam 10 pagi kita duduk depan cawan berisi air lepas tu main2 straw, sedut2? Sedangkan lambat lagi nak berbuka?



          Sama macam bila kita belum masanya lagi nak kahwin, tapi didik diri dengar lagu-lagu cinta, drama cinta semua tu. Memang lah diri ni tak boleh nak kawal. Rasa nak bercinta meskipun melanggar syariat Allah. Tak kurang juga yang mendesak mak ayah nak nikah khitbah. Loan mara dgn ptptn untuk diri sendiri pun tak lepas, ada hati nak nikah. Urmmm 


Chop! 

Nikah awal tu kan baik?


          BAIK! kalau tak menzalimi antara satu sama lain. Jangan fikir seronok je. Perkahwinan satu amanah. Nak ke para lelaki ni kembali pada Allah dalam keadaan ketua keluarga yang derhaka?
Para ibu pula menjadi ibu derhaka kerana gagal mendidik anak menjadi soleh?



          Ada seorang teman saya. Dia baru nak kenal-kenal dengan seseorang ni tapi masih macam kawan-kawan jelah. Berbual biasa je macam kawan-kawan tanpa bicara soal hati. Nampaknya dua-dua macam menyimpan perasaan. 



          Sekali kawan saya tengok playlist lagu-lagu dalam handphone si dia. Terdetik dkt hati nak tgk mcg dalam hp tu. Nauzubillah min zalik bila nampak ada satu mcg tu persis seorang lelaki murah. Lebih kurang mcm ni.....


"Kalau awak nak s**s awak cari saya ye"



          Terus saya pesan, jauhi si dia. Dia tak layak untuk awak yang masih polos dan lelaki soleh sahaja yang layak memiliki awak. 






          Masih ramai lelaki soleh di luar sana. Ingat satu je janji Allah. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki soleh untuk wanita solehah. Hidup kita punya satu tujuan iaitu mengharap mardhatillah. 





1 ulasan:

  1. Have unbreakable faith that through the law of attraction you will
    attain the things wished for. ostergrüsse kostenlos
    I've never looked forward to a birthday like I'm looking forward to my new daughter's birthday, because two days after that is when I
    can apply for reinstatement. Alternatively, you might use
    luggage in the letterhead.

    BalasPadam