Islam Mundur. Masih wujudkah harapan?



          Assalamualaikum wbt sahabat seperjuangan dan saudara seislam ku. Saya bukanlah pelajar course ekonomi mahupun course sains. Tetapi saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini. Berkaitan kemunduran umat Islam. Persoalannya....


Sampai bila umat Islam perlu mundur?


          Remaja Islam di Malaysia terlalu selesa. Tiba masanya kita perlu keluar daripada 'comfort zone'. Orang lain dah belajar berlari tapi remaja kita masih lagi belajar merangkak. Sesiapa yang baca artikel ni mohon HENTIkan....

-post dekat facebook mintak pakwe sorang.
-update moment promote member nak cari adik angkat.
-tweet "iteww lapar. Sesapeww baex aty nuxx lanjeww iteww kepci"
-buat akaun Instagram the beauty of universiti blablabla, malay beauty, malaysian hot guys.



         Sekiranya anda tak pernah buat tu sume Alhamdulillah. Minta share pada kawan yang buat perangai mcm ni. Salah satu sebab saya buat fb baru adalah perkara mcm ni. Tak sanggup nak murung berpanjangan tgk adik-adik ni. Hidup ni bukan kecantikan sahaja yang orang pandang. Sungguh, ada hal yang lebih menguntungkan daripada carik sorang pakwe.



          Masa remaja ni lah korang nak kena tentukan apa yang korang bakal jadi pada masa hadapan. Bukan masa nak apply UPU nanti baru tanya dekat member ''weh kau nak amik kos apa?''





           Jadi luar biasa. Jangan jadi orang biasa yang rancang nak habis SPM atau diploma lepas tu cari kerja. Lepas dah dapat kerja terus kahwin. Ada anak. Ada cucu. Tamat.



Jadi luar biasa. Luar daripada kebiasaan

masyarakat. 



          Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada matlamat dan matlamat itulah yang membezakan siapa kita pada masa akan datang. Remaja kebanyakannya hanya memikirkan jangka 2 dan 3 tahun akan datang. Aku nak dapat straight A's. Aku nak dapat result gempak. Sama ada berjaya atau tak lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Hanya remaja yang luar biasa akan berfikir 20 dan 30 tahun akan datang. Bahkan remaja yang HEBAT akan melancarkan jentera yang berkuasa tinggi dengan cara merangka jalan untuk menggapai syurga. 

INI BENAR-BENAR HEBAT!


Facebook page
Instashop
Instagram
Twitter




Sekian,
 Azzarina Shukor.
Bakal ahli syurga


     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan