New Year's Eve




          Bermula tahun 2017, aku nak mula blogging. Tahun 2016 blog ni sunyi tanpa apa-apa post. Insyaallah aku nak berblogging semula. Seronok juga kalau dapat kita nukilkan nasihat, pengalaman dan sebagainya dalam coretan-coretan ini insyaallah.Aku malas nak tulis diari apa semua. Jadi blog ni akan jadi Diari online. Bukan sekadar diari hidup tapi akan dikongsi segala macam jenis penulisan apa yang terlintas di hati.

         Setahun menghilang, banyak yang berlaku. Sekarang ni aku belajar di Universiti Utara Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian. Mula masuk pada September 2016 ambilan A161. Mungkin gaya penulisan kali ni akan berbeza dengan gaya penulisan terdahulu memandangkan aku pun sekarang ni dah cecah usia 21 tahun. Dulu blogging masa usia belasan tahun. Zaman budak-budak tak fikir panjang. Post tak membina (Sila ketawa dengan sopan).

          Walaupun dah masuk hari ke-11 tahun 2017, aku tak kira. Aku masih anggap tahun baru sebab setakat tahun baru ni tak pernah ada event apa-apa. Duduk rumah, main game dekat handphone sampai baby popo panas overheating. Sekarang rasa bersalah sangat sebab temperature dia naik je kalau on mobile data. Maafkan mummy, popo.

          Kalau rasa bosan entry ni takde gambar, pangkah jelah. Aku malas nak masukkan apa-apa gambar sekarang. Doakan istiqamah aku eh. Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan