Tidak Move On Penyebab Maut

          Headline memang gempak. Relaks dulu ye. Jangan pangkah lagi. Teruskan membaca. Hari ni kita bercerita pasal move on. Move on ni berpunca daripada pelbagai sebab. Ada yang nak mulakan kehidupan baru. Ada yang nak lupakan masa silam. Ada yang kehilangan seseorang yang dia tak rela kehilangan. Besar makna kata move on yang sebenar. Aku tahu korang yang baca entry ni mesti kebanyakannya telah dilukai oleh orang yang kome cintai. Apa-apa pun kau kena tahu entry kali ni sebab nak bagi tahu yang saya sayang anda sebagai sahabat. Walaupun kita tak pernah kenal, tapi aku bersedia di sini membantu anda semampunya untuk berikan langkah apa yang patut.

          Aku terpaksa merendah diri serendahnya, sebab setakat ni (pada tahun 2017) aku belum pernah lagi dikecewakan oleh lelaki yang aku cintai sebab belum berkahwin dan belum pernah dimiliki oleh sesiapa. Jadi, hati aku masih secure insyaallah buat suami yang sah sahaja. Doakan saya ye sahabat. Tetapi, penulisan kali ni berdasarkan pengalaman orang sekeliling dan sedikit pengalaman saya sendiri. Memandangkan saya merupakan bakal kaunselor, ramai kawan selalu meluahkan masalah pada saya dan saya seringkali berjaya membantu rakan-rakan untuk move on.

          Tips yang diberi kemungkinan ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Terpulang pada semua untuk menerima atau tidak. Saya mencadangkan cara terserah pada anda nak ambil langkah yang bersesuaian. Modified sikit-sikit apa yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan anda. Insyaallah semoga membantu.

          Anda baru lepas dikecewakan oleh pasangan? Pasangan curang dan sebagainya? Okay teruskan baca. Korang tahu yang couple ni haram? Saya assume anda mesti tahu sebab ramai dah ustaz yang cakap pasal hal ini. Kalau nak tahu, Allah sayang sangat dekat kita sebab tu dia haramkan kita bercinta sebelum nikah. Sebab apa tahu tak? Sebab dia tak nak kita rasa sakitnya dikecewakan. Memang kita tengok perhubungan orang nampak bahagia. Tapi kau sedar tak manusia takkan tunjuk hubungan yang retak dekat semua orang. Dia tunjuk yang manis-manis je konon nak bagi tahu satu dunia dia bahagia. Hakikatnya orang yang gemar menunjuk-nunjuk sesuatu tu sebenarnya perkara tu lah yang paling dia tak ada. Dia tunjuk sebab dia jarang rasakan so bila dia dapat sweet-sweet dia nak bagi tahu semua orang apa pasangan dia buat. 

          Perkara ni memang dah dibuktikan dari sudut psikologi dan logik akal. Contohnya, si B dah berkahwin dan tugas B untuk memasak sebelum pergi bekerja, mengemas rumah dan setelkan anak-anak sebelum bertolak ke tempat kerja. Pada suatu hari, suami B masak, urus anak dan kemas rumah dan B sangat happy sebab suami dia hari ni layan dia istimewa sangat. B pun post gambar di Facebook, Instagram dan laman sosial mana yang dia aktif. Kita pun scroll fb ehh tup tup nampak posting "Hari ni hubby I masak chuolls. Jom makan. I love you baby" beserta gambar masakan. Kita ni dah meroyan nak kapel nak kahwin sebab tengok bahagianya berumah tangga. 

          Padahal hampir tiap hari B mengeluh dan gaduh dengan Encik Suami sebab tak reti nak bantu dan dia letih sangat. Nak ambil hati isteri sebab selalu gaduh suami dia pun bantu. Tapi, B tak cerita hari-hari dia penat letih rasa stress sebab nak urus keluarga. Haaa. Kalaulah suami dia buat semua tu hampir setiap hari, ada ke individu yang nak post benda sama setiap hari? HAHA korang fkirlah sendiri




WE DIDN'T KNOW WHAT HAPPENED BEHIND CLOSE DOOR
          Maaflah aku ni banyak bebel. Berikut merupakan tips dan cara untuk move on dari perhubungan yang tidak kesampaian :

  1. Lepas je anda putus nangis lah sepuasnya. Jangan pendam konon kuat. Allah cipta air mata tu memang untuk kurangkan bebanan setiap kali kita berhadapan dengan masalah. Ambillah masa tapi jangan lama. Ambil masa menangis sepuasnya tapi jangan sampai menyakiti diri sendiri. Allah pinjamkan jasad tu jaga baik-baik. Time kelas pergi kelas. Yang kerja pergi kerja. Masa makan pergi makan. Jamahlah sikit jangan sampai sakit sebab perut masuk angin. Waktu solat pergi solat. Ni paling penting. Hati korang tengah remuk redam dan manusia sangat lemah untuk memperbaiki hati korang yang hancur. Hanya Allah je mampu ubati. Cari Allah. Dosa apa kau buat masa kapel dulu jangan malu jangan sombong pada Allah. Lepas solat ambil masa mengaji dan doa pada Allah. Mengadu pada Allah walaupun Allah tahu apa yang berlaku. Sujud sambil bercerita pada Allah. Dia maha Mendengar. Mengadulah pada dia. Paling cantik terus buat solat taubat.
  2. Bila kau rasa dah kuat sikit, mulakan satu tindakan drastik. Delete semua gambar ex anda yang hard copy atau soft copy. Yang hard copy tu nak dramatik sikit bakar dalam api. Rakam lepas tu forward dekat ex. Ehh gurau je. lek lek. Pastikan semua gambar dia dah tak ada dalam bilik, handphone, di mana-mana anda berada k.
  3. Buang atau pulangkan balik semua barang memori. Kalau nak bagi dekat orang yang memerlukan pun okay. Pastikan korang dah tak nampak dah semua barang memori tu.
  4. Berhenti STALK ex anda. BERHENTI ! Kalau anda jenis hati tisu, unfollow je terus atau unfriend. Terpulang tahap anda di mana. Kalau rasa perlu block terserah. Tapi jangan dok gatai dah block pastu pinjam hp kawan nak tengok update. JANGAN. Aku sekeh pala hang apa pun tak dapat nnti. marohh ni.
  5. Letakkan kata-kata hikmah bersesuaian dan membina. Tampal di tempat yang anda selalu hadap. Contohnya, cermin atau wallpaper hp. Ni salah satu contoh kata-kata hikmah yang korang boleh guna. 
  6. Berhenti baca novel cinta, dengar lagu cinta dan menonton drama cinta. Bagi penggemar kdrama korang puasa kejap. Kalau buka radio lagu leleh, cepat-cepat tukar lagu rancak. Korang je yang mampu buat. Aku mampu cadang je korang juga yang akan laksanakan semuanya. Point yang ni sebenarnya sangat penting sebab kalau korang tetap dengaq lagu jiwang ni memang sampai bila pun korang tak berjaya move on. Serius ni!
  7. Unfollow semua acc yang jiwang atau acc yang berkaitan dengan cinta. Contoh dekat twitter atau ig, unfollow sesiapa yang rajin post gambar sweet-sweet pasal pasangan demo. Selain tu, unfollow juga acc macam perfect boyfriend lah apa lah dan yang seangkatan dengannya.
          Sebenarnya lah kan, sejuta cara pun aku bagi tapi korang tak mulakan apa-apa tindakan tak guna juga. Jadi, memadailah 7 langkah ni kalau korang buat Insyaallah berkesan. Korang akan happy balik tanpa korang sedar sebenarnya korang dah move on. Apa tunggu lagi? Mulakan segera. Print balik 7 cara ni then tampal dekat tempat yang mudah dilihat. Setiap hari, refresh balik diri dan muhasabah. Fikirkan masa akan datang apa yang terbaik. Bersyukurlah anda kerana kisah hidup kita Allah yang tulis dan dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sungguhpun kita rasa insan tu dah cukup baik, redha sebab manusia ni sifatnya terbatas. Tak semua perkara dalam pengetahuan kita. Allah juga lebih mengetahui.

         Silakan komen di bawah sekiranya ada kekurangan dan tips apa lagi yang awak nak tahu, Insyaallah saya akan perbaiki penulisan ni agar dapat membantu lebih ramai orang untuk move on. Sekiranya post ni bermanfaat, pakat-pakat lah share untuk kebaikan bersama. Alah skema pula ayat aku. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh Follow Instagram aku dan DM je. Insyaallah anda akan dilayan.

          Kesimpulannya, memang betul. Kalau anda masih decide untuk tak move on cepat-cepat memang mati. Hati kau mungkin mati. Segera bertindak sebelum hati kau mati sampai bila-bila. Aku sayang kau kerana Allah ye. Semoga kau kuat menghadapi fasa getir dalam hidup ni. Ingat, di setiap musibah dan petir yang datang akan disisip pelangi nan indah untuk kau nikmati pasca kegetiran.

          Salam Sayang dari Azza 💕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan