Cintakan syurga Allah, Maka Dunia Akan Mengejarmu





"Solat itu tiang agama. Betul ke? Kalau tak solat tak ada tiang lah? ehh cemana pula ni?" Soalan yang terungkap setelah ternampak sekeping banner mengungkapkan kata-kata itu.

"Solat dapat mencegah diri daripada melakukan perkara kemungkaran."

"Elehh... aku solat tapi masalah aku tak settle pun!"

"Bila masalah tak settle, kau buat apa lepas itu?"

"Aku stop lah balik solat. Lepas itu, aku cuba cari jalan penyelesaian lain"

"Jumpa tak jalan penyelesaian lain?"

"Tak."



          See.. Kenapa berhenti solat. Berhenti solat sama seperti kita berhenti berharap kepada pertolongan Allah. Kau lupa selama ni Allah yang berkuasa mengatur segala-galanya? Kalau masalah tu datang dalam hidup kau, tiada yg lebih berkuasa selain Allah yang mampu selesaikan masalah kau.



          Kau tahu macam mana masalah kau boleh timbul? Berpunca daripada diri kau yang jauh dari Allah.

"Masa aku susah, aku rasa Allah tak bantu pun. Kadang-kadang separuh mati aku tanggung masalah aku. Kenapa Allah tak bantu aku masa aku susah?"

"Kau pernah exam tak dekat sekolah?"

"Pernah."

"Pernah tak bila kau tak tahu jawapan, then cikgu datang dan bantu bagi jawapan?"

"Nama pun ujian, memanglah cikgu takkan tolong"

"Kau dah ada jawapan dia. Allah tengah bagi ujian, dia nak tengok kau pass tak exam yang dia bagi. Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak akan memberikan beban kepada seseorang di luar batas kemampuannya. Means, exam yang Allah bagi tu kau mampu tempuh. Cuma kau je yang anggap diri sendiri lemah sebab kau tak berpaut dekat Allah."

Azan berkumandang.

"Dah azan dah tu. Jom pergi solat sekarang. Nanti terlepas nak berjemaah"

"Surau penuhlah dekat sini. Nanti-nanti jelah aku solat."

"Kau teringin nak masuk syurga?"

"Mestilah nak"



"Bayangkan Malaikat Ridhuan halang kau daripada masuk syurga. Sambil mengherdik kau, dia cakap
"SYURGA DAH PENUH!" Dengan muka yang garang dia heret kau keluar daripada pintu masuk Jannah lepas tu dia campak kau dalam neraka wail sambil berkata, "SINI KOSONG. KAU BOLEH DUDUK DEKAT SINI!" Itulah tempat bagi orang yang sering melengahkan solat. Kau nak?"



          Kepada yang sedang membaca post ni tapi masih belum solat, letak tepi sekejap laptop atau handphone dan segerakan bersolat. Solat itu tiang agama. Kalau solat yang mudah tu pun kau tak mampu nak dirikan, macam mana kau nak tegakkan Islam di muka bumi?



Macam mana kau nak selamatkan saudara seislam kau dekat Syria, Palestine, Mesir? Cukuplah dekat Malaysia pun kau tak mampu nak cegah perpecahan ummah dek kerana politik. Bila hal yang mudah, kau tak mampu nak buat macam mana kau nak selamatkan ummah.

 Kau mesti lupa, kita semua dai'e dan semua yang di sekeliling kita adalah mad'u.



Sekian, 
Bakal ahli syurga.



       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan