Along dah balik kampung akhirat. Bila turn aku?



Assalamualaikum wbt...

Maaf semalam saya takde kesempatan nak update. Saya menguruskan jenazah almarhumah Adlin Marsita binti Mohammad Shukor, kakak sulung saya. 

Mari ambil iktibar terhadap kisah kakak saya.

Kita suka dgr kalau org meninggal hari jumaat. Lagi-lagi plak kalau dalam keadaan tersenyum. Susah nak dpt tu. Solat 400 rakaat sehari pun belum tentu dapat taw.

Sepanjang hidup kakak saya, saya memang mengenali arwah dgn sgt rapat lebih-lebih lagi lepas dia berkahwin. Siapa yang kenal dia memang takkan dapat agak macam mana cara kematian dia. Beliau meninggal secara tiba-tiba dan sangat mudah. Sebelum meninggal dia minta nak buang air besar. Dia tahu dia dah tak lama so dia tak nak susahkan org lain semasa urusan memandikan jenazah. Urusan jenazah dan post mortem terlalu segera sedangkan hari sabtu mana ada doktor bertugas utk post mortem. Jenazah menghembuskan nafas terakhir di R&R Senawang. Sebelum jenazah along di post mortem, ada jenazah lain yg dah 4 hari ditunggu utk post mortem. Tapi along tak sampai sehari pun dah di post mortem. Alhamdulillah saya di antara yang memandikan arwah. Seperti mana jenazah lain slps menghembuskan nafas terakhir, wajah along biasa je. Tapi masa tengah mandikan along, mak cik yg mandikan along ckp muka jenazah ni mcm tidur. Saya sangka mak cik tu nak sedapkan hati keluarga je. Masa tengah kafan kan along, mak cik tu agak terkejut. Dia cakap "Masyaallah.... jenazah ni senyum!" Saya tak nangis sblm tu. Tp lepas saya lihat wajah along tgh senyum saya terus menangis. Menangis kagum.

Semasa otw daripada Hospital Seremban ke masjid Uniten untuk di sembahyang kan, van jenazah laju mcm terbang. Kau bayangkan hari sabtu kereta penuh dkt highway tapi van jenazah boleh sampai dlm masa yg amat singkat. Saya dgn kakak lagi sorang follow van jenazah dari belakang, hilang van tu dalam keadaan kereta yang banyak dan penuh atas jalan raya. Urusan jenazah tu terlalu mudah.

Yang paling menyentuh hati saya... jenazah sampai je dkt Uniten dengan iringan azan zuhur. Jenazah di bawa masuk dalam masjid. Ya Allah terlalu ramai yang ikut bersembahyang jenazah. Ramai yg di antaranya merupakan student uniten. Senyuman along tetap utuh sehinggalah detik beliau ditutup mukanya untuk di bawa ke tanah perkuburan.

Sampai tanah kubur, jenazah nak dibawa masuk ke liang lahad mudah je. Ukuran tepat. Siap angah saya bagi tahu kubur tu lapang so tarik sikit jenazah bagi kedudukan dia centre. Saya cemburu dengan bahagian kakak saya. Ramai cakap kalau rindu arwah, tataplah muka saya sebab muka kami seiras. Saya rindu arwah sebab tak sempat nak betul-betul hargai dia sebelum dia pergi. Sebab muka kitorg seiras, memang panas sikit . haha. Jumpa je gaduh. Haha Gaduh adik beradik cincang macam mana takkan putus.

Kesimpulannya,

kita jangan pandang kita ni solat cukup akan masuk syurga. Org tak solat masuk neraka.

Kita jangan pandang org tak tutup aurat akan pasti masuk neraka dan orang yang tutup aurat pasti ke syurga.

Kita pandang org mulut jahat tu komfem balasan buruk dan yg mulut manis tu sume dapat balasan baik.

            
Adlin Marsita Mohammad Shukor


010215
-Azza Shukor -
Biar patah hati
Jangan patah iman

2 ulasan:

  1. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman :')

    BalasPadam
  2. tetiba airmata menitis bila mengenangkan kisah hidup arwa,, tapi abg puas.. sebab.. abg dah tunaikan ape yg arwah mau.. apa yg arwah katakan.. cuma satu je abg terkilan sampai sekarang.. takdpt tunaikan hajat arwah untuk family day... arwa yg beriya2 sangat... tapi apaka daya.. kita merancangkan...tuhan menentukan... terma kasih sayang.. kerana bahagiakan b ngn anak2.. tenangla disana.. tunggu b disana.. b n anak2 doakan sayang di tempatkan org beriman...

    BalasPadam